11 September, 2011

Arkeologi Sungai Batu: Kajian Fasa 3- 2011


Peta Kompleks Tamadun Sungai Batu yang menunjukkan 
setiap tapak yang telah diekskavasi sejak 2009-2011

Ekskavasi Fasa 3-2011 telah menggunakan geran USM dan Jabatan Warisan Negara/Yayasan Al-Bukhary. Fasa 3 telah mendedahkan 12 tinggalan struktur binaan (warna biru) yang dijangka berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Kebanyakannya yang masih jelas dilihat ialah struktur lantai. Disamping itu, juga ditemui tinggalan dinding, lapik tiang, pecahan atap genting dll. Berdasarkan geomorfologi kawasan di sekeliling 12 struktur senibina ini dijangka ianya di kelilingi oleh air.

 Data pentarikhan sehingga kini hanya diperolehi daripada arang (radiokarbon). Semua data bata (kaedah OSL/TL) masih belum diterima lagi. Arang lebih menggambarkan aktiviti yang telah berlangsung di bangunan ini berbanding bata akan memberikan tarikh bila ianya dibuat. Walau bagaimanapun, ada antara tarikh arang telah memberikan tarikh pada kurun pertama Masihi, iaitu di tahun 50CE.

16 gambar di bawah adalah antara gambar di 12 tinggalan struktur senibina tersebut- meliputi lantai, sebahagian dinding, lapik tiang dll. Kajian rekonstruksi semula kesemua bangunan tersebut sedang dilakukan. Ada struktur bangunan yang mempunyai ruang bilik. Penemuan ini sangat penting dalam mengkaji rupabentuk senibina kawasan pentadbiran kompleks Sungai Batu.

Secara umumnya, kajian di Fasa-3: 2011 ini telah dapat melengkapkan tamadun Sungai Batu yang sebelum ini (2009-2010) telah ditemui bukti peleburan besi, jeti sungai dan bangunan upacara.

struktur lantai berlapis

                            
                                         tinggalan lantai dan dinding mengasingkan 2 ruang

lapik tiang

dinding

dinding dan lantai yang menunjukkan kehadiran ruang bilik

dinding tengah

tangga bertingkat

kemungkinan tiang bata yang telah tumbang

pengasingan ruang

pelbagai saiz bata yang telah digunakan

laluan antara dua ruang

lantai drp pelbagai saiz bata

lantai- gabungan bentuk lurus dan membulat

bata kedudukan menegak- mungkin tiang yg tumbang atau bahagian pengasingan ruang

susunan bahagian pengasingan ruang

susunan bata berlapis dan bertingkat

11 comments:

makhfi said...

Tahniah kerana kajian telah mencapai fasa 3. Apa bentuk kajian dalam fasa ini ? Adakah fasa 3 ialah fasa terakhir kajian ?

Sg Batu said...

kajian d sg batu akan berterusan pd masa depan utk melengkapkan lagi bukti tamadun sg batu- antara yg belum ditemui ialah tapak kediaman?, perkuburan? bengkel bata? bengkel tuyere? dan byk lagi. Fasa hanya menggambarkan tahun penyelidikan. Tahun depan, 2012 akan masuk fasa ke-4.

Anonymous said...

Lps ni mesti ada individu2 dtg buat klaim kata org depa yg mula2 dtg sini, lps tu kata org kita pendatang tanah ni. Cuma menunggu masa sahaja selepas penemuan ni sampai kat telinga dan mata mereka.Hahaha, ironinya.Tp xpa, mereka boleh kata apa2 pon.Ia tetap xkan ubah walau seinci pon sejarah org kita kat semenanjung ni. xcaya kita tunggu dan lihat.Nanti beduyun-duyunlah org depa buat website, blog smua bagai hanya utk menghebohkan penemuan ni. Sama la apa yg berlaku pada candi2 kat Lembah Bujang. Lpas tu memandai plak ubah maksud Indianised state jd Indian state.hahaha, depa ni xfaham atau buat2 xfaham apa maksud indianised tu..atau sengaja xnak ambik peduli.

Anonymous said...

Boleh saya tanya..nama kalah yg tercatat didalam jurnal Abu Dulaf tu terletak di kedah ke atau di takuapa..saya masih konfius? Ada sejarawan cakap nama kalah ni ada dua, satu di takuapa abad 9-10,satu lgi plak di kedah 11-14 betul ke? Pelik plak saya tengok..boleh plak orang2 arab main tukar2 nama tempat..

Sg Batu said...

Anonymous....inilah kelemahan interpretasi awal yg menyukarkan kajian kini..masih dalam proses penentuan...contohnya perkataan
1. Kembuja..satu di Kemboja...satu di Afghanistan
2. Ayodhya...di India Utara...juga di Thailand
3. Pattan/Yala, ...di Pattani, Thailand juga di Nepal, Himalaya
4. GanggaNagara..negara sg Ganges? dan byk lagi

HMMwangsa said...

Kalinga juga Tuan, 1 di Orissa, India dan 1 di Jawa, Indonesia.

Dari kajian saya, nampak seperti nama sama itu diguna untuk menunjukkan perkembangan sesuatu bangsa/kaum samada kaum purba atau yg masih ada sekarang.

Contohnya bangsa Keling dari Kalinga yg pd zaman dahulu tinggal di India telah berkembang ke Jawa,Indonesia dan menamakan tempat tersebut Kalinga juga.

Kaum purba Rakhshasa pula dari Utta(Rakh)and,India bergerak ke Timur dan membuka A(Rak)an di Myanmar. Bangsa itu kini dikenali sebagai (Rakh)ine dan yg Islam, (Rakh)ingya-(Rohingya).

Pattan atau Yala, Nepal ialah tempat tinggal kaum purba Malla yg terakhir. Jika kita bandingkan Pattani, Yala, Thailand, ia didiami oleh penduduk (Mala)yu dan di Selatan Thailand juga terdapat (Patta)ya - penambahan yang hampir sama dengan (Mala)ya dan (Rakh)ingya! WAllahua'lam.

adanial6990 said...

Kepada anonymous, Sg batu dan HMMwangsa. Kalo ada masa sila lah saudara semua meluangkan sedikit masa utk membaca artikel yg ditulis oleh ahli sejarawan Jepun ni..Ia mungkin dpt membantu..

http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6Sri2011Chaiya.html

HMMwangsa said...

Terima kasih adanial6990. Saya telah skim artikel itu dan nampaknya sejarahwan Jepun itu telah membuktikan terdapat byk kesilapan dlm sejarah Asia Tenggara yg diterima selama ini...satu artikel yg menarik.

Tentang Srivijaya, saya cenderung mengatakan ia bermula di Lembah Bujang. Ini kerana dari sudut geologi, telah terbukti bahawa paras air laut menurun dlm jangkamasa lebihkurang 5 ribu tahun menyebabkan antaranya Pulau Seri menjadi Gunung Jerai seperti yang diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Jika P. Seri begitu penting pd zaman dahulu, tidak mustahil namanya digunakan bg menamakan sebuah Kerajaan. 'Vijaya' ialah B. Sanskrit yg bermaksud berjaya. Maka, Srivijaya besar kemungkinan bermaksud 'Pulau Seri Berjaya'.

Tentang 'Indians' yg dikatakan berulang-alik berniaga sejak ribuan tahun dulu, ia tidaklah bermakna penduduk India Selatan. Ini kerana pd masa dahulu Pakistan,Nepal dan Bangladesh juga dianggap 'Indians' kerana dtg dr benua India. Malah laluan manusia purba dari Barat ialah melalui Sg Sindh, Sg Saraswati(yg telah kering)yg kualanya mengadap Laut Arab di Barat, ke Himalaya dan juga Sg. Gangga & Yamuna yg kualanya di Teluk Benggala(sebelah Timur). Seterusnya mereka Ke Myanmar, Thailand, M'sia dll. Laluan sama juga diguna utk menyebarkan Islam menyebabkan ramai penduduk Islam berada di Utara benua India.

Satu kemungkinan yg besar juga, 'Indians' yg dimaksudkan itu ialah keturunan bangsa Melayu sendiri...Bangsa Malla/Rakhshasa! WAllahua'lam.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang hal ini, sila layari blog saya;
hmm-asal.blogspot.com

Mula dari pos pertama - 'Mengapa HMM asal perlu didedahkan' hingga ke pos terakhir 'HMM; Senjata dakwah yg difitnah penjajah'

InsyaAllah saya akan sambung lagi dgn bukti2 terbaru. Selamat membaca.

Anonymous said...

Wow..this blog is way to quiet compair to other theorical Historian blog Ive seen..haha..guess not much people aware this blog actually exist..So, how the research progress sg batu?

Anonymous said...

Amboi senyap ja dalam ni..hehe..saudara sg batu apa khabar?Sihat? Bagaimana dgn perkembangan kerja?

Anonymous said...

Kerajaan-kerajaan besar yang pernah berada di Nusa Kancana (kini Malaysia), di seluruh Nusantara (kini Sumatera dan semua pulau-pulau di sekitarnya), Nusa Kambangan (kini Pulau Jawa), Nusa Antara (kini Sulawesi, Kalimantan dll, Nusa Tanggara (kini Ambon, Meluku, Florest dll serta Nusa Rantang (kini Selatan Siam, Selatan Filipina, Funan, Kambodia dan Campa, sama sekali bukan menganut Agama Hindu mahupun buddha. Kerajaan-kerajaan di zaman itu menganut Ajaran Ibrahim, ajaran yang mengESAkan Maha Pencipta, tidak menyembah patung mahupun berhala. Kerajaan-kerajaan berkenaan adalah kerajaan MALAI-UR kerajaan yang dikembangkan oleh 6 putera Ibrahim dan seterusnya disambung oleh cucu-cicit Ibrahim. Antara Kerajaan-kerajaan tersebut termasuk Kerajaan Sriwijaya, Darmasaraya, Sanjaya, Kerajaan Kutai, Jayawara, Langkasuka, Ganga Nagara, Wijayamala dll. Kerajaan Hindu pula antaranya Rajendra Chola, Mattharam, Minanga dll. Manakala kerajaan Buddha pula termasuk Majapahit, Ayuthia dll.