16 May, 2011

Kemaskini Sungai Batu 16 Mei 2011- Selamat Hari Guru, Tanpa Guru Siapalah Kita

Taburan Struktur Senibina di Asia Tenggara: Perbandingan Usia dengan Sungai Batu. Keunikan Monumen Sungai Batu ialah satu-satunya senibina yang bermula dengan bentuk bulatan di dunia ini dan yang tertua di rantau ini

Bentuk mukabumi seluruh Lembah Bujang sekarang yang mulai terbentuk sekitar abad ke-14 Masihi. Bandingkan dengan peta di bawah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas perubahan sekitaran yang berlaku di Lembah Bujang sejak abad pertama masihi.

Bentuk mukabumi Lembah Bujang pada abad pertama  hingga 3 masihi. Mempunyai teluk yang luas dan petunjuk alam yang jelas (Gunung Jerai) menggamit pelayar untuk singgah di Lembah Bujang. Majoriti tapak di Pengkalan Bujang,
dan Sungai Mas masih berada di bawah air/paya bakau pada masa ini, dan jelas muara sungai merbok pada ketika ini ialah di sungai batu. 

"Tuyere" iaitu alat yg digunakan untuk membawa angin ke dalam relau di gambar ini diletakkan dalam keadaan tegak. Apabila dibandingkan dengan di Afrika, rupanya kedudukan ini menggambarkan lokasi penyembahan sebelum memulakan peleburan besi. Bandingkan dengan gambar di bawah?  Di Afrika, tuyere yang tegak ini diisikan dengan samada abu mayat atau tanah liat istimewa.

Lokasi longgokan tuyere yang bertaburan tanpa arah tertentu. Mungkin stor tuyere mereka? atau sisa tuyere? berbeza drp kedudukan di dalam gambar di atas. 

Contoh lantai salah satu tapak jeti tepi sungai batu kuno. Biasanya disusun 2 baris bata dengan diselangi oleh pecahan bata. mungkin bahagian pecahan sebagai kawasan serapan air? Senibina ada bukti lapik tiang dan pecahan atap genting.

Contoh lain lantai jeti-  juga ditemui bukti lapik tiang, tiang bata yang telah runtuh, tinggalan dinding dan tangga 


Jeti 2B dan 2D, berdekatan tapi jelas bukan satu bangunan. Mungkin bukan sezaman? Pentarikhan sedang diuji. Kedua-duanya berada di gigi/tebing Sungai Batu kuno 

Sebelah kanan (tapak jeti 2B dan 2D) dan sebelah kiri (tapak jeti 2F). Ini menunjukkan kedua-dua belah tebing sungai batu kuno telah digunakan. Tapak 2B dan 2D menghampiri tapak peleburan besi- maka mungkin tempat turun naik aktiviti industri peleburan besi (bahan mentah, bahan akhir untuk eksport, pekerja dll), manakala 2E menghampiri tapak struktur senibina yang mungkin pusat pentadbiran (sedang diekskavasi- ada struktur bilik yang jelas)

Lakaran tidak mengikut skala dan rekabentuk sebenar jeti Sg Batu kuno. Hanya untuk memberikan gambaran kedua-dua belah tebing digunakan. Ini menunjukkan betapa seboknya Sg Batu kuno pada ketika itu.


Struktur senibina jeti 2E
Contoh lantai pada tapak jeti 2E

Struktur senibina jeti 1J





Struktur senibina jeti 1A

Lakaran tanpa skala struktur jeti di kedua belah tebing di Sungai Batu kuno yang telah didedahkan dalam ekskavasi 2009-2010-2011

18 comments:

Makhfi said...

Fakta sejarah yang menarik dan dapat 'mencerahkan' sejarah bangsa Melayu yang digelapkan. Teruskan usaha murni ini. Adakah terdapat tinggalan sebelum Masihi ?

fadz said...

persoalannya di sini, tidaklah tamadun di Sungai Batu tu "terawal" tetapi antara yang terawal. Angkor Wat dibina pada 1-5 AD, sedang di Sungai Batu 110 AD.. mohon pencerahan mengapa dikatakan tamadun tertua, bukan antara tertua..

fadz said...

ahh, maaf, salah saya, sekarang saya baru faham berkenaan tahan abad pertama tersebut.. kalau boleh, dapat ditemui berkenaan data sanskrit yang dijumpai, adakah ianya menyusur ke sanskrit-India, atau sanskrit-tempatan seperti yang diketemu oleh Coedes berkenaan batu di Palembang.. saya dimaklumkan, kemugkinan pakar sanskrit tidak boleh "membaca"nya kerana ianya kemungkinan tidak sama dengan sanskrit India (pencampuran bahasa Melayu, mungkin?)

Anonymous said...

Setakat ini, adakah dijumpai prasasti di tapak arkeologi Kedah?

sg batu said...

Aslmkum semua. Tentang tulisan di sg batu- ada- atas batu, bata dan logam. kajian perbandingan tunjukkan ianya sanskrit pallava, mungkin abad ke -6. tapi sedang dalam kajian lanjutan.

Bukti sebelum masihi (BC)- saya yakin ada. Cuma belum ada peluang mencarinya. Kajian saya di Guar Kepah menemui bukti 3000BC (5,000BP), tapi bukti akhir Neolitik. Jaraknya cuma sekitar 14km ke sg batu. InsyaAllah ada.

Anonymous said...

Mengapa struktur jeti seperti diruntuhkan dan batu batanya berselerakan. Tiada struktur yang sempurna. Adakah akibat serangan kerajaan Chola ?

sg batu said...

di 8 struktur jeti- yg ditemui lantai, tangga, pelapik tiang, atap genting, yg ada dinding hanya lebih kurang 5-6 lapis bata saja, ada setengahnya ada tiang bata (tapi sekitar 1 m saje). Ini mungkin mencadangkan struktur tiang utama adalah drp kayu. Ada antara jeti mendedahkan longgokan bata yang pecah-pecah digunakan sebagai benting antara lantai dgn bahagian sungai. Diruntuhkan? ada kemungkinan- mungkin oleh sriwijaya?, chola? perlu kajian terpeinci

Mizie said...

Teruskan usaha murni anda

fadz said...

Salam tuan, terima kasih..

Daripada pembacaan (mohon betulkan jika salah), sanskrit pallava ialah sanskrit yang didapati muncul dalam prasasti dan penulisan/kitab/karya sastera di selatan India, juga sebagai pengaruh asas bahasa Tamil (benarkah?).. bolehkah dikatakan, 100% penemuan yang ada di Sg Batu adalah huruf "sanskrit pallava" tersebut, dan dari segi apa ia di"claim" sebagai sama? Apakah ada faktor penemuan (inskripsi dan lengkok sama, struktur tatabahasa yang sama, penggunaan pembuka yang sama).. Mohon juga pencerahan jika sanskrit sebegini unik di Sg Batu atau mmg sudah muncul di kawasan tamadun lama lain di serata asia Tenggara (saya dimaklumkan, penulisan di Borobudur contohnya adalah sanskrit dan campuran bahasa Melayu, benarkah?).. ini adalah kerana terdapat perbalahan, bahawa kumpulan dinasti Khmer (yang dikatakan mentadbir Angkor Wat) mempunyai tiga "bahasa" yang berbeza jika dilihat daripada senarai "raja-raja pemerintah", India, Mon dan Melayu(!) Adakah ini mitos kumpulan Alter Terahsia atau ada kebenarannya? Saya juga ada membaca tulisan cendekiawan sejarah Kelantan arwah Nakula (http://fadliakiti.blogspot.com/2008/06/keturunan-raja-raja-kelantan-dan.html) yang mana diklaim, mmg raja2 Melayu dahulu memakai nama2 gelaran, mengikut pertemuan dengan bangsa yang diperanginya (sebagai bentuk mempengaruhi bangsa tersebut), dan inilah klaim yang dikaitkan dgn raja Khmer berketurunan Melayu tersebut (dipanggil Mala atau mala-yu) yang juga ingin saya tahu berkenaan sanskrit pallava yang dijumpai di Sg. batu.

fadz said...

maaf tuan, shout box itu terlalu kecil, maka tidak dapat saya nyatakan persoalan yg panjang.. saya mmg minat dgn bidang arkeologi.. ingin juga tahu jika saya boleh bekerja sambil sambung belajar bidang ini walaupun saya bukan bidang ini (dahulu ibu tak bagi sebab risau arkeologi itu bidangnya gali kubur, haha, agak kelakar buat saya mendegar kata ibu..)

Sg Batu said...

utk fadz- boleh dtg bincang di usm, digalakkan. tentang inskripsi- masih diperingkat kajian mendalam krn terlalu byk fakta bercanggah dalam kajian tulisan awal di rantau ini. kerana itulah, saya belum berani memberikan penerangan terpeinci ttg apa yg ditemui disg batu, apatah lagi jika nak dikaitkan dgn tulisan awal lain. setakat yg saya baca,bcg dan bandingkan dgn apa yg ditemui di indonesia, thai, indochina, india dll cukup mengelirukan krn kbykan interpretasi ada pengaruh individu (membawa perasaan bangsa, negara, agama dsbgainya), yg tidak ikhlas kepada ilmu. InsyaAllah bila selesai akan saya maklumkan.

Anonymous said...

Salam semua. Fadz, saya nak tambah sikit tentang Bahasa Sanskrit; BAHASA SANSKRIT dikatakan bermula di Uttarakhand, satu negeri di Utara India dekat Himalaya. Rasa macam kenal tak perkataan2 dalam kurungan ini; (Utara)khand? Hi(Malaya)? Banyak perkataan bahasa Melayu datang dari bahasa Sanskrit. Jika seorang Melayu bercakap 1 ayat dgn 10 patah perkataan, 5-7 perkataan adalah sanskrit. Sanskrit palava adalah jenis TULISAN Sanskrit; bukan bahasa. Bahasa muncul dan boleh tersebar lebih awal sebelum tulisan tercipta.

Harap Fadz dapat mengikuti blog saya; Hikayat Merong Mahawangsa Asal. Saya akan sampai ke topik ini sedikit masa lagi InsyaAllah.

Supar Yop said...

Tahniah Sg Batu, teruskan usaha mu ,menyelongkar pusaka melayu yg telah lama terbenam dalam perut bumi ini

Sg Batu said...

Supar Yop. Sebenarnya baru peringkat awal, masih byk yang perlu dikaji, yg memerlukan komitmen byk pihak.

MEGAT AL-JEFRI said...

assalamualaikum saudara sg. batu,

bila pula nak update bahan sejarah yg baru. dah nak masuk ramadhan ni.

sg batu said...

Aslmkm Semua. Maklumat terkini. 1. Dah lulus RM20 juta kerajaan bgnkan galeri di sg batu. 2. Sekarang, sedang buka 9 tapak yg bdekatan satu sama lain. semua drp bata. interpretasi awal- bgnan kecil berdekatan, diasingkan dgn saliran sg/kolam, mgkin bgnan pentadbiran, dll. Tarikh terawal yg dah ada ialah tahun 50AD, abad pertama. Sgt menarik. Saya sdg melihat fungsinya. InsyaAllah akan dimaklumkan.

Anonymous said...

Aslmkm sdr sg batu dan semua .. baru baru ini saya ada singgah ke komplek sg batu selepas melawat lembah bujang. Menarik penemuaan di tempat ini. Pegawai2 yang ditempatkan di situ memberi layanan dan penerangan yg amat memuaskan untuk kami sekeluarga .Teruskan usaha , Terima Kasih.

cdin said...

Soalan...siapakah pihak brkepentingan yg sanggup membuka ldg dn menanam kelapa sawit sebagai helah utk menutup dan menyorokkan kehebatan sejarah tamadun lampau suatu bangsa ..??