Salam
Semua.
Mohon
keampunan kepada Ilahi atas kelalaian untuk mengemaskini ruang perkongsian ilmu
ini.
Tahun
ini 2014, genap 5 tahun penemuan dan ekskavasi pertama di Kompleks Sungai Batu
oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia.
Sehingga
kini, 9 Feb 2014, 46 (47%) daripada 97 tapak yang ditemui semasa pemetaan 2007
telahpun diekskavasi. Kesemua 97 tapak tersebut berada dalam keluasan sekitar 4
km2. Berikut adalah dapatan terbaru di Sungai Batu daripada 46 tapak
tersebut, iaitu:
1. Bila? Usia
(pentarikhan)
Sungai Batu telah mula digunakan sejak
kurun ke-5 Sebelum Masihi, berterusan, daripada semasa ke semasa, sehingga
kurun ke-17 Masihi, iaitu selama 2200 tahun. Ini mengesahkan Kompleks Sungai
Batu adalah tamadun tertua di rantau ini.
2. Untuk Apa? Fungsi
Ekskavasi 2009-2013- telah mengkaji 46 tapak
dalam keluasan sekitar 0.2km yang mendedahkan pelbagai fungsi yang jelas
menunjukkan sebuah tamadun.
Satu
(1) tapak ritual (penyembahan) di kelilingi oleh 5 senibina dewan.
Sepuluh (10) tapak jeti di kedua-dua tebing
Sungai Batu Kuno- menggambarkan sebuah pelabuhan
Tujuh belas (17) tapak peleburan besi.
Selebihnya, 13 tapak senibina bangunan sokongan
(bangunan pentadbiran) yang semunya terletak di bahagian barat pelabuhan Sungai Batu kuno.
Sejak 5
tahun yang lalu, disamping staf dan pelajar USM, kajian juga melibatkan
masyarakat setempat sebagai pembantu di lapangan. Pada masa ini 11 pekerja
tempatan sedang dilatih dalam program khas USM “Program Pemindahan Ilmu” di
mana mereka didedahkan secara berfokus kepada arkeologi dan industri yang
berkaitan dengannya seperti arkeopelancongan dan kraf tangan.
Untuk
peringkat Sekolah Menengah, USM telah mengadakan program Sahabat@Arkeologi yang
kini telah melibatkan 11 sekolah menengah di Pulau Pinang dan Kedah. Di bawah
program ini, guru dan pelajar didedahkan kepada arkeologi melalui pameran di
sekolah dan USM, seminar, ceramah dan juga terlibat dalam sukarelawan arkeologi
di mana mereka didedahkan aktiviti di Sungai Batu.
Untuk
peringkat USM, mulai 2013, USM telah mengadakan satu program khas
“Archaeological Talk” oleh pakar-pakar arkeologi peringkat antarabangsa. Tahun
2013, dua ceramah yang melibatkan pakar daripada Pakistan dan Jerman telah
diadakan. Program ini terbuka kepada semua malah Sahabat@Arkeologi juga telah
menyertainya.
Untuk
tahun ini, 2014, semua program di atas akan berterusan. Satu program baru akan
bermula tahun ini iaitu “JOM CARI KEDAH TUA” yang diusahakan oleh Kerajaan
Negeri Kedah sendiri. Program pertama akan bermula daripada 28 Feb -1 Mac ini.
Ini adalah satu program sukarelawan yang akan mendedahkan peserta kepada bukti
Kompleks Sungai Batu.
Untuk
semua, PPAG mengalu-alukan mana-mana individu dan kumpulan/agensi yang mahu
terlibat sama dalam bentuk sukarelawan arkeologi di Sungai Batu.
Sila
hantar surat kepada:
Pengarah
Pusat
Penyelidikan Arkeologi Global
USM,
11800 PPinang.
KOMPLEKS SUNGAI BATU: FUNGSI
Senibina Ritual/Penyembahan yang di kelilingi senibina
dewan. Mempunyai tangga naik yang mengadap ke utara, yang juga lokasi Gunung
Jerai. Usia monumen 110 Masihi. Usia, turutan senibina, arah naik mencadangkan
asal fungsinya ialah untuk upacara ritual penyembahan Gunung Jerai- iaitu
kepercayaan animisma- penyembahan alam semulajadi- satu agama nenek moyang
zaman dahulu kala.
Senibina Jeti tepi Sungai Batu Kuno. Sehingga kini telah
dibuka 10 jeti di kedua tebing Sungai Batu Kuno. Ini mencadangkan ianya sebuah
pelabuhan yang sangat sebok pada ketika itu.
Pusat Peleburan Besi di Kompleks Sungai Batu. Sehingga kini
17 tapak peleburan besi telah dikaji. Bukti menunjukkan besi mula dilebur di
Kompleks Sungai Batu sejak kurun ke-4 Sebelum Masihi.