Sungai Batu terletak dalam tamadun Lembah Bujang yang juga dikenali sebagai Kedah Tua.
Kedah Tua dikenali dengan pelbagai nama seperti Kataha, Kataram, Kalah, Chieh-Cha, Quedah dan banyak lagi. Bukti tentang Kedah Tua ditemui melalui tulisan atau dokumen seperti dalam rekod pelayaran dan perdagangan serta melalui kajian arkeologi.
*Peta taburan 97 tapak (titik merah) di Sungai Batu
Kajian pada tahun 2008 bermula dengan jumpaan permukaan berupa bata di dalam ladang kelapa sawit. Sebanyak 10 tapak telah dikaji pada 2009, 6 tapak (2010), dan pada 2011 sedang mengkaji 4 tapak. Daripada 20 tapak yang dikaji, 4 mendedahkan bengkel peleburan besi, 8 bukti senibina jeti tepi sungai, 1 jelas senibina bangunan upacara dengan dikelilingi oleh 4 senibina berbentuk dewan dan 3 yang terbaru mendedahkan bangunan pentadbiran.
Industri Peleburan Besi
4 daripadanya adalah industri peleburan besi. Bukti yang didapati ialah sisa besi, bahan mentah (hematit dan magnetit), ketulan besi merupai jongkong, juga ditemui 'tuyere', pecahan atau tinggalan relau, abu dan arang pembakaran. Sampel arang telah dihantar ke Makmal Radiokabon untuk ditentukan tarikhnya. Keputusannya sehingga kini menunjukkan Sungai Batu telah dijadikan kawasan industri (lebih 20 tapak yang telah dipetakan) peleburan besi sejak abad pertama Masihi (2000 tahun dahulu) hingga abad 13 Masihi (800 tahun dahulu)
Kajian di Sungai Batu belum menemui relau yang lengkap. Semuanya didapati pecah, yang tinggal hanya bekas bahagian dasar sahaja. Penemuan relau lengkap dengan 'tuyere' di Kampung Gading, Jeniang telah memberikan kemungkinan gambaran rupa bentuk relau di Sungai Batu. Arang dan sedimen terbakar dalam dan keliling relau di Jeniang ini memberikan pentarikhan dari abad ke-4 Masihi (1600 tahun dahulu) -12 Masihi (800 tahun dahulu). Ini menunjukkan pada jarak 40 km antara Sungai Batu dan Jeniang, telah berlansung industri peleburan besi pada masa yang agak sama. Jarak ini menggambarkan keluasan tamadun berasaskan besi ini mencapai lebih 1000 km persegi.
* Relau tanah liat bersama 'tuyere' yang masih lengkap ditemui di Kampung Gading, Jeniang, sekitar 40km ke timur laut Sungai Batu. Ianya memberikan gambaran kemungkinan bentuk relau di Sungai Batu. Selain 'tuyere' (anak panah merah), relau mempunyai mulut di bahagian atas dan bawah (anak panah putih)
*Antara alat besi yang ditemui di tapak peleburan Sungai Batu
Monumen Sungai Batu
Kajian di Sungai Batu juga menemukan beberapa jenis senibina yang dibuat daripada bata. Analisis petrografi menunjukkan bata ini dibuat daripada tanah liat sekitar Sungai Batu.
*MONUMEN TERTUA di Asia Tenggara dan SATU-SATUNYA Senibina di Dunia yang
ASASNYA BERBENTUK BULAT.
(Berdasarkan hasil perbincangan Seminar Antarabangsa Lembah Bujang pada
Julai 2010 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur)
Berdasarkan industri besi yang digunakan sejak abad pertama hingga ke-13 Masihi, maka bangunan yang diekskavasi se dalam 1.5 m ini sudah tentu digunakan daripada semasa ke semasa sepanjang tempoh tersebut.
Kajian arkeologi dan konservasi tapak Monumen Sungai Batu pada kedalaman 1.5m
dan gambar sebelahnya ialah bata yang ada resin (damar) yang mungkin menjadi bahan 'simen' untuk melekatkan antara bata
Senibina Jeti atau Pengkalan Tepi Sungai
Kajian dikedua-dua belah tebing Sungai Batu kuno menemukan struktur senibina jeti atau pengkalan yang juga dibina daripada bata. Bata disusun membentuk lantai, tembok, tiang dan juga tangga menurun sungai. Bukan satu, tapi kini telah ditemui 8 jeti. Ada jeti yang jelas banyak temuan atap genting yang menunjukkan ianya berbumbung. Tarikh OSL bata jeti menunjukkan ianya dibina pada abad ke-2-3 Masihi.
Struktur senibina jeti tepi Sungai Batu kuno- ada lantai, tembok, runtuhan tiang
dan tangga menurun ke sungai.
Perkembangan kajian masa depan akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia.
68 comments:
Salam.
Saya mulakan komen ini dengan memohon maaf sekiranya komen saya menyinggung mana2 pihak. Harap semua menerima dengan fikiran terbuka.
Terpanggil saya ke sini kerana ingin berkongsi pendapat dan maklumat yang mungkin sesuai bagi Monumen Sg Batu. Pada pandangan mata kasar saya (orang biasa; bukan ahli arkeologi), monumen ini ada banyak persamaannya dengan Ka’bah (Rumah Allah di Masjidil Haram, Mekah) dengan bentuk bulat seperti tempat mengerjakan tawaf mengelilinginya. Bentuk bulat itu pula terlekat pada bucu segiempat seolah-olah mengadakan platform bagi yang ingin mengucup Rukun Yaman dan Hajar Aswad!
Justeru itu,saya membaca Buku Sejarah Mekah oleh Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani. Dalam Bab 2-Ka’bah, ada diceritakan tentang fondasi(batu asas) Ka’bah yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. ‘seperti punggung2 unta’ telah di timbulkan kembali pada 1417 H(15 thn lalu). Anehnya ia berada pada kedalaman 1.4m(hampir sama dalamnya dengan Monumen Sg Batu!)
Tetapi bangsa Arab tidaklah hanya mempercayai Keesaan Allah(tiada Tuhan melainkan Allah-Islamic Monotheism) semenjak kewujudan Ka’bah. Dalam buku ‘The Sealed Nectar(Ar-Raheequl-Makhtum) Biography of the Noble Prophet’ di bawah tajuk ‘Religions of the Arabs’, banyak diperkatakan tentang ‘penyimpangan’ dari ajaran Islamic monotheism tersebut contohnya;
‘However, they still maintained fundamental beliefs such as monotheism as well as various aspects of Abraham’s religion, until the time when a chief of Khuza’ah namely ‘Amr bin Luhai came back from a trip to Syria. He brought with him an idol (Hubal) which he placed in the middle of Al-Ka’bah and summoned people to worship it. On the Prophet’s conquest of Makkah, 360 idols were found around Ka’bah.’
Jika benar dakwaan saya ini, persoalan yang timbul seterusnya ialah;
Adakah Islamic Monotheism telah bertapak di Sem. Malaysia 1900 tahun dahulu?
Atau
Adakah ajaran Arab pagan (musyrik, polytheism) yang sebenarnya bertapak di sini ketika itu?
Mungkin penyelidikan oleh USM seterusnya akan mengungkap persoalan itu. InsyaAllah.
Salam. Tkasih atas idea yg dicatatkan. Kajian tentang monumen Sungai Batu masih berterusan. Contohnya, tarikh 1900 tahun dahulu adalah terhadap bata di bahagian dasar yg berbentuk bulat. Yg empat segi sama dan bulatan di atasnya mungkin seusia dan mungkin juga lebih muda? berdsarkan tarikh aktiviti peleburan besi di sekelilingnya dijalankan drp abad pertama hingga 13 masihi- maka berkemungkinan monumen sungai batu juga digunakan secara berterusan, yang disokong oleh penemuan seramik dan inskripsi yang usianya jauh lebih muda drp abad pertama. Maka, pandangan Wan Mahsuri boleh betul dan salah? bergantung kepada bukti selanjutnya? mohon pandangan lain
Salam
Penemuan ini sungguh menabjubkan malah bakal menjadi pemangkin kepada kajian yang lebih mendalam terhadap kebudayaan dan cara hidup masyarakat kuno Malaysia (Tanah Melayu). Ia juga telah mengungkap satu persoalan baru tentang tamadun masa lampau peribumi yang selama ini dianggap manusia primitif, orang gua dan sebagainya. Ada juga yang menganggap bangsa Melayu adalah pendatang dari Yunan.
Inilah yang menariknya tentang penemuan tersebut bukan sekadar menumen sejarah semata-mata. Ia memberi gambaran bahawa Tanah Semenanjung sudah berpenghuni sejak 2000 tahun dahulu bersama teknologi leburan logam. Tamaddun purba ini memberi perspektif baru terhadap satu bangsa yang maju pada zamannya. Saya percaya mereka juga mempunyai sebuah kerajaan yang kaya raya berpadanan dengan penemuan jeti yang dibina dari batu bata dan beratap genting tersebut.
Saya tertanya2 adakah Kedah Tua itu berlainan sempadan dengan Kedah Sekarang? Dimanakah lokasi sebenar (sempadan) dan siapa pemerintahnya. Bila ia bermuala. Jika tidak keberatan, dapatlah tuan berikan ulasan tentang kedudukan sebenar Kedah Tua ini. Saya amat menghargainya.
Besar kemungkinan banyak lagi tinggalan sejarah yang tertimbus di dalam tanah di seluruh negeri ini (Kedah). Ia tidak mustahil jika sekiranya terbukti Kedah Tua adalah sebuah negara yang kaya, makmur dan bertamadun tinggi.
Blog Mistisfiles.blogspot.com telah membuat kajian mendalam serta mengemukakan bukti sejarah satu bangsa purba (MALA) iaitu induk kepada bangsa Melayu yang telah berjaya membina sebuah empayar maritim yang hebat pada tempoh masa yang hampir sama dengan usia Sg Batu ini. Penemuan arkeologi ini melengkapkan lagi pembongkaran sejarah sebenar negara.
Tahniah kepada "team Sg Batu".
salam semua. untuk Tuan Mahad, selepas mendapat pentarikhan keseluruhan lembah bujang dan jeniang- kerajaan awal ini didapati meliputi lebih 1000km persegi. maka ini menggambarkan satu kerajaan yang gemilang? tapi kerajaan apa? perlu kajian lebih lanjut! tapi dr rekod al-kindi, al-biruni, al-idrisiyah dan juga rekod tamil jelas menunjukkan telah ada perniagaan besi berlangsung antara arab, india sejak awal abad pertama masihi lagi yang menggambarkan kingdom di sg batu adalah hebat dan diketahui umum sebagai pusat besi pada ketika itu. lebih banyak kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat dan jelas. contohnya daripada mistisfiles dan lain2 boleh membantu. InsyaAllah.
W'salam wbt.
Terima kasih atas penerangan Sg Batu.
Harap Sg Batu tidak keberatan menjawab beberapa soalan lagi.
Sebagai anak jati Kedah, saya ingin tahu bagaimana tamadun ini tiba2 lenyap dan mengapa teknologi peleburan besi dan pembuatan batu-bata ini tidak diwarisi oleh kami.
Dalam tempoh 1200 tahun tamadun tersebut, mungkinkah rakyatnya menganut berbagai agama dan bertukar2 agama?
Sg Batu ada sebut tentang inskripsi. Boleh dijelaskan di sini tentang inskripsi itu?
Adakah penyelidikan ini dibiaya sepenuhnya oleh USM?
Akhir sekali, ada kerja kosong? :)
Salam
Terima kasih atas pandangan balas dari tuan. Secara logiknya, bila ada pusat peleburan logam bermakna tentu ada sumbernya yang berdekatan.
Di sni terdapat sedikit persoalan kerana sepanjang yang saya tahu, negeri Kedah DA tiada aktiviti perlombongan atau lombong besi. Maaf jika saya tersilap. Jika ada, dimana pula lokasinya. Adakah papa-apa petunjuk yang munasabah tentang sumber logam ini?
Satu lagi persoalan ialah lombong emas di kesan di Melaka (Gunung Ledang) mengikut catatan pengembara China dan catatan kuno Yunani. Tanah Melayu dipanggil Semenanjung Emas dalam beberapa rekod sejarah purba. Hanya penemuan di Sungai batu sahaja menampilkan kewujudan industri besi. Sesuatu yang agak aneh. Apakah mungkin ada juga pusat peleburan emas di Sungai Batu? Penemuan ini tentunya mengasyikkan peminat sejarah.
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Salam Wan Mahsuri & Mahad,
tkasih. Bukti industri besi di Sungai Batu sampai kini mendedahkan bukti dari abad pertama hingga ke-13 Masihi
(1) jadi ianya tidak lenyap secara mengejut/tiba2, cuma perlu kajian lanjutan tentang kesinambungan di zaman islam
(2) mewarisi pandai besi & bata? saya rasa ada cuma perlu kajian lanjutan
(3) inilah keistimewaan sungai batu- kita dapat lihat perkembangan agama disini- animisme-budhha-hindu-islam- cuma perlu kajian lanjutan untuk mendapatkan tarikh mula/akhir
(4)inskripsi dijumpai atas batu, bata dan logam- berdasarkan morfologi tulisan- dijangka wakil abad ke-6 masihi
(5) selain geran USM, juga dpt bantuan Jabatan Warisan Negara
(6)yg berminat boleh datang bantu, ini adalah khazanah semua dan duit geran adalah duit rakyat, jadi semua boleh terlibat, termasuk yg nak sambung sarjana dan phd- ijazah pertama boleh drp mana2 disiplin, tapi syarat masuk USM mesti minima PNGK 3.00
(7) secara geologi, kawasan ini memang byk besi mentah (hematit dan magnetit), sehinggakan ada satu kampung dinamakan kg besi yang diusahakan dizaman jepun
(8) belum ada kajian terpeinci drp penemuan kepingan emas di pengkalan bujang dan Sungai Mas samada asalan sini atau tidak- perlukajian lanjutan. Wassalam
Salam...saya sgt tertarik dgn blog ni dan juga perbincangan antara wan mahsuri,mahad firdaus & sg batu. Sebenarnya saya bekerja di merbok dan melalui kawasan arkeologi ni setiap hari. Saya pernah sekali singgah & melawat di tapak arkeologi ni. Saya dh dpt beberapa maklumat yg brmanfaat drpd blog ni & juga hasil perbincangan antara wan mahsuri, mahad firdaus & sg. batu.
Satu perkara yg saya tertanya-tanya sekarang ni, siapakah bangsa-bangsa yg hebat ini? Saya ada beberapa maklumat tentang bangsa yg terlibat dgn tamadun di sg batu ni tp tak dpt dipastikan dgn bukti yg kukuh. So...rasanya lbh baik kalau saya dpt penjelasan terlebih dahulu drpd sg. batu @ para pembaca yg lain.
Syukran...
Salam Haqqani, siapa mereka? satu persoalan yang tidak dapat dijawab dengan tepat sehinggalah bertemunya bukti rangka manusia atau perkuburan atau rekod lama? Jika sesiapa ada data boleh dikemukakan di sini utk kita bincang bersama. Tkasih.
Assalm...bagi mana saya hendak membantu?cuti sem dah nk dekat neh..
utk siddique, sila buat pendaftaran di pusat arkeologi, usm, jumpa en.fadly
Salam sdr haqqani dan kru Sg Batu.
Terima kasih tuan Sg Batu atas maklumat sumber logam tersebut. Ia amat bersesuaian dengan kedudukan loji leburan besi yang ditemui. Semoga lebih banyak penemuan selepas ini. Maklumat yang sangat membantu.
Sdr Haqqani. Sedikit info yang boleh dikongsi dan bincangkan tentang bangsa2 yang wujud pada era tersebut.
Kerajaan Srivijaya dikatakan amat maju dan berpengaruh pada abad ke 3 Masihi. Sebelum itu wujud kerajaan pecahan dari empayar Jawaka (sebelum masihi) termasuklah Langkasuka. Kedah Tua dikaitkan dengan kerajaan Langkasuka yang juga menjadi jajahan takluk Srivijaya kemudiannya. Empayar maritim yang berkait dengan perdagangan dan pelabuhan yang mewah. Lembah Bujang dikatakan salah satu pusat perdagangan Srivijaya yang amat maju. Tidak mustahil industri pelbagai bidang wujud di situ. Sungai Batu mundkin juga pelabuhan yang kaya satu masa dahulu.
Intisari ini saya ambil dari mistisfiles.blogspot.com yang membincangkan asal usul melayu dan penduduk nusantara sejak zaman aryan dan kanbujas serta dinasti2 yang wujud ketika itu.
Untuk mendapat info selebihnya saya cadangkan saudara meneliti 18 siri "Alters Terahsia Bangsa Melayu (ATBM)" di blog tersebut. Sekiranya sdr belum pernah ke sana. Perbincangan juga agak hebat, mencecah 500 komen.
Di sini saya petik satu perenggan dalam salah satu artikel tersebut:
"Gabried Ferrand mengatakan bahawa kerajaan Sriwijaya telah wujud sejak tahun 392 Masehi.Pandangan tersebut berdasarkan sumber orang Cina yang mendakwa bahawa Negara She-Yeh (Cho-Ye) bererti Jaya atau Wijaya atau Sriwijaya.Kemudian, I-Tsing menyebutkan Sriwijaya sebagai Shih-Li-Fo-Shih.Dalam bahasa Arab, yang berbeza dengan sumber orang Cina,Sriwijaya disebut sebagai Syarbazah (satu lagi nama lain selain Zabag)."
Harap dapat membantu.
Tahniah tuan blog. Pembukaan blog ini sangat berfaedah dan menjadi saluran info kepada peminat arkeologi dan sejarah tanah air.
Pertanyaan saya, setakat ini adakah terdapat lain2 penemuan arkeologi di Kedah selain di Lembah Bujang?
Teruskan usaha terutama pasukan arkeologi USM dalam mencarigali warisan sejarah kita.
Saya akan wujudkan link blog ini di blog saya untuk memberi pendedahan kepada pembaca di sana.
Salam
Tuan Haqqani ada sebut;
"Saya ada beberapa maklumat tentang bangsa yg terlibat dgn tamadun di sg batu ni tp tak dpt dipastikan dgn bukti yg kukuh."
Harap Tuan Haqqani mahu berkongsi maklumat ini bersama kami dan mungkin ianya memberi manfaat kepada Team Sg Batu.
Kepada Tuan Sg Batu, harap team Tuan akan menjumpai perkuburan atau tulang kerana ia dapat menentukan bangsa tamadun ini(melalui DNA test ke?).Bagaimanapun ini mungkin sukar kerana setahu saya yang beragama Hindu-Buddha melakukan 'cremation' ke atas mayat(pembakaran mayat);tiada perkuburan. Abunya pula ada yang dibuang ke dalam air dan ada yang disimpan.Allahua'lam.
Terlanjur berbincang ttg bangsa, saya dpt tahu, Pusat Arkeologi Global juga ada menjlnkan kajian di Bkt Bunuh, Perak. Siapakah mereka yang dikatakan berada di sana pd 1.8juta tahun dulu? Manusia sebelum/selepas Adam?
Harap Tuan Sg Batu tidak keberatan menjawab soalan saya ini.
Tkasih. drp rekod tulisan/pelayar tidak jelas siapa mereka? perlu cari bukti rangka atau perkuburan. Tidak semua dibakar, kerana ada contoh temuan di Thai. Bukti lain dikedah- ada rekod penemuan prasejarah di gua batu kapur kedah-perlis seperti tembikar dll, juga usm ada menemui bukti alat batu paleolitik di kg malau, jitra- semuanya perlu kajian lanjutan. Tentang bukit bunuh, lenggong, dijumpai bukti alat batu lebih 1.83 juta tahun dahulu. Bukti sebelum Adam. Ada manusia sebelum Adam? ikut arkeologi ada. Ikut Islam- kenapa ada frasa "Adam adalah manusia paling lengkap", "kenapa dijadikan manusia sebagai khalifah, bukankah mereka suka bergaduh", dll- dua frasa ini mencadangkan ada manusia tidak lengkap sebelum Adam- blh dibcgkan-
alhamdulillah...blog ni semakin menarik dgn perbincangan dr para pembaca yang mencintai sejarah.
Berkenaan dgn komen saya sblm ni bahawa saya ada beberapa maklumat berkenaan dgn bangsa yang barangkali terlibat dgn tamadun di sg batu...rasanya agak sukar utk saya kemukakan dlm ruang perbincangan yg sgt terbuka ni. Ada beberapa perkara yg terpaksa saya pertimbangkan utk nyatakan secara open dlm ruangan ni.
Mungkin isu ni kita blh berjumpa dan bertukar pandangan secara peribadi, insyaALLAH
assyathori@yahoo.com
Salam
Sini saya paste sedikit artikel daripada blog mistisfile; Alter terahsia bangsa melayu bab 2:
'Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:
1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.'
Artikel ini nampak seperti bercangggah dengan pendapat Tuan Sg Batu-Bkt Bunuh; manusia sebelum Adam. (maaf kalau saya kurang faham dgn artikel ini!)
Apapun saya rasa bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam, ada baiknya hal ini dikemukakan kepada para ulama. WAllahua'lam.
salam, haqqani, InsyaAllah akan saya hubungi melalui email. Tentang sebelum Adam- belum ada kajian DNA khas untuk melihat perkaitan antara kumpulan sebelum dengan manusia terlengkap ini. Jadi hubungkait 'kemelayuannya' belum boleh diketahui. Diperingkat USM, telah ada satu perbincangan khas yang diselenggarakan oleh Pusat Islam melibatkan tokoh agama dan saintis. Kenyataan rasmi oleh Pusat Islam akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
salam
Petikan ini ialah dari blog seorang India muslim(mamak);
http://joechelliah.blogspot.com/2009/06/malaysian-roots-indian-connections.htm
"Early Indian works speak of a fantastically wealthy place called Savarnadvipa, which meant “land of gold.” This "mystical" place was said to lie far away, and legend holds that this was probably the most valid reason why the early Indians with their advanced knowledge of seafaring and astronomy ventured across the Bay of Bengal and arrived in Kedah around 100 B.C. Archeological evidence support this early Indian presence.
Apart from trade, the early Indians brought a pervasive culture, with Hinduism and Buddhism sweeping through the Indo-Chinese and Malay Archipelago lands bringing temples and Indian cultural traditions."
Blog ini juga bercanggah dengan blog arkeosungaibatu. Ia mengambil tapak Sungai Batu sebagai bukti bangsa India berada di Malaysia sejak 100BC! Malangnya tiada ruang komen diblognya.
Selain itu, di wikiBM;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
Ayat pertama bahagian sejarah;
"Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu."
Bolehkah Tuan Sg Batu bagi pihak USM membuat kenyataan supaya tanggapan seperti ini dihentikan di internet?
Tkasih Wan Mahsuri. Menjadi perkara biasa seseorang mengkagumi kaumnya- cuma diharap tidak melampau- dan jika gunakan mana2 data pastikan ianya lengkap, jgn dikutip mana yg sesuai shj, dan yg paling penting ialah mesti memahami perbezaan antara bangsa dan agama- contohnya agama Hindu dan bangsa India. Tidak semestinya yg beragama Hindu itu bangsa India.
Contohnya kita ke Bali- ada melayu Bali animisme, ada hindu, ada buddha, ada kristien dan ada islam.
Malaysia telah dihuni sejak zaman prasejarah (lebih 1.83 juta tahun dahulu), malah di Guar Kepah (10km keselatan sg batu)telah ada manusia 5-6,000 tahun dahulu, yg sudah pasti ketika itu tiada agama- lebih kepada animisme (penyembahan alam). Ini adalah masyarakat tempatan.
Bukti sg batu atau lembah bujang secara umum (sehinga kini)-
(1) monumen sg batu yg dibina pada abad ke-2, bukti sehingga kini, bukan mewakili agama hindu buddha
(2)agama hindu-buddha hanya mula pada akhir abad 4-5 masihi,
(3) semua candi yang jelas agama hindu buddha di lembah bujang pun tidak semestinya mewakili bangsa india kerana ianya juga boleh masyarakat tempatan
Kesemua bukti ini hanya jelas tentang kepercayaan/agama bukan bangsa. Bukti bangsa kena didapatkan drp perkuburan/ tinggalan rangka melalui kajian spt DNA.
Sejarah awal negara kini sangat memerlukan data yang terbukti secara sah/saintifik.
Salam,
Tahniah kepada tuan punya blog dan team arkeologi USM di atas usaha gigih berterusan.Jika tak silap saya, Sg Batu tapak arkeologi ini adalah sungai kuno,bukan Sg Batu yang masih ada sekarang kan?Boleh tuan berkongsi sedikit bagaimana petunjuk untuk ekskavasi di Sg Batu diperolehi.
Melihatkan tapak bulat di dalam bentuk segiempat mengingatkan saya kepada bentuk piramid.Binaan piramid adalah mengikut prinsip tersebut.Saya telah dapat cantumkan sedikit puzzle - pemerintah asal di Mesir kuno memang BUKAN dari Tanah Arab- sama seperti dinyatakan dalam cerita-cerita dongeng Sumeria,Raja Perahu,Horus,Matahari....
Tkasih Seri. Isu utama Lembah Bujang sebelum ini ialah hanya dikatakan bukti penghujung abad ke-4-5 Masihi saja yang jelas beragama Hindu-Buddha. Pada hal Selat Melaka telah digunakan sejak sebelum Masihi lagi, malah di Guar Kepah telah ada manusia 5-6,000 tahun dahulu.
Jadi, di mana mungkin ada bukti lebih awal drp abad 4-5?
USM mengambil pendekatan membina kembali sekitaran kuno (iaitu mengesan dimana paras dan aras laut dan sungai sejak 5,000 tahun dahulu. Kajian sekitaran kuno melibatkan aktiviti survei lapangan + kajian foto udara/remote sensing + kajian geofizik dan + penggerudian tanah.
Hasilnya didapati semasa abad 1-3 Masihi kawasan daratan yang sesuai dihuni adalah sekitar sg batu sekarang, kawasan sg bujang, dll masih sebahagian besarnya di bawah air atau dlm paya bakau. Memang betul sg batu sekarang adalah baru, tapi yg lama (kuno)masih boleh dilihat jika melawat tapak.
Piramid di Mesir berusia 3-5,000 tahun dahulu utk yg paling awal, iaitu sezaman dgn orang di Guar Kepah (5,000 td). Jauh lebih tua drp monumen sg batu (dibina 2,000 td). Tapi sg batu jauh lebih tua drp angkor dan borobudur (dibina 1000-1200 td). Maka, utk membandingkan antara tapak biarlah perbandingan setara "apple with apple"
Rekod piramid awal seperti piramid sakkara- jelas asasnya empat segi dan bertingkat2. Evolusinya kemudian baru dpt btk piramid sebenar spr yg di Giza tu. Malah monumen zigurat Mesopotamia juga empat segi. Bukan bermula dengan bulat.
Setakat ini, setahu saya, senibina bermula dgn bulat hanya monumen sg batu. Diatasnya baru ada empat segi dan kembali ada bulat. Jika Seri ada bukti lain sila kemukakan (buku, gambar atau lain2)supaya dpt kita lengkapkan sejarah berasaskan bukti saintifik.
Salam,
Dari apa yang diterangkan oleh tuan Sg Batu menunjukkan penempatan ini berada ditepi sebuah sungai yang besar atau muara bertepatan dengan wujudnya jeti sepertimana dalam artikel di atas. Pada pandangan tuan, adakah Lembah Bujang itu sendiri berada dipesisir pantai/laut? Perkara ini cukup menarik perhatian saya kerana dari hikayat lama ada mengatakan Gunung Jerai itu sendiri hampir dengan laut.
kedua, ketika saya bersekolah di Alor Setar sekitar tahun 1968 dahulu saya terlibat dengan kumpulan pengakap dan semasa aktiviti perkemahan, saya melihat ada satu bangunan lama (telah hampir roboh) di Bukit Pinang dan dimaklumkan ia adalah istana Raja Bersiong. Setelah mengetahui pihak USM giat meneroka monumen lama, ingin juga saya ketahui setakat ini adakah apa2 maklumat berkaitannya yang telah dikesan oleh pihak tuan.
Seperkara lagi, apa pandangan tuan terhadap teori yang dibangunkan oleh Prof Arisyo Santos mengenai Lemuria dan Sundaland? Logiknya ialah hanya kawasan Khattulistiwa sahaja kawasan yang boleh didiami manusia kerana selainnya masih dilitupi ais. Kajian beliau membuktikan manusia sememangnya telah mendiami kawasan ini sejak jutaan tahun lalu. Wallahu aklam. Apa pun perkara ini amat menarik. Sekian terima kasih.
salam fikris. tkasih. dr kajian geologi, sekitar 5-6,000 tahun dahulu, laut sampai 2km kedaratan- guar kepah tepi laut, ada cengkerang laut dikaki gunung jerai dan lbujang juga tepi laut. panaroma ketika itu sangat berbeza dengan sekarang. Kapal besar boleh masuk di sungai batu kuno. oleh kerana itulah byk jeti/pengkalan yang ditemui dikedua belah tebing sg batu kuno. kajian geofizik juga menunjukkan anomali yang menggambarkan ada kemungkinan kapal karam dalam bakau di tapak sg batu. tunggu USM akan mendedahkannya pada pertengahan tahun ini.
utk istana raja bersiong, saya rasa muzium ada buat kajian, tapi tak sure lengkap ke tidak. byk bukti di kedah yang belum dijalankan secara saintifik.
memang sundaland wujud sampai sekitar 18,000 tahun dahulu, kemudian air laut mula naik sedikit demi sedikit sehinggalah ke paras sekarang. sundaland menyebabkan manusia boleh bergerak dengan bebas kerana hampir kesemua kepulauan asia tenggara bercantum pada masa itu. kerana itu usm boleh menemui bukti lebih tua drp 1.83 juta tahun di lembah lenggong. tkasih
Salam,
Terima kasih atas penjelasan dari tuan.Apa yang saya nyatakan sebagai persamaan dari segi senibina piramid bukan pada bentuk batu asas tetapi kepada penggunaan formula matematik dalam mendirikan piramid...kita sedia maklum bahawa pengiraan untuk sendeng untuk keempat-empat bucu piramid adalah melalui perkiraan sendeng sebuah kon.Kon pula adalah satu bentuk yang bertapak bulat.Maka saya berteori bahawa pada zaman itu,masyarakat di Sg Batu telah mengetahui dan menggunapakai perkiraan yang menggunakan 'pai' = 3.14 dan juga jejari bulatan dalam senibina mereka dan berevolusi dalam bentuk senibina seterusnya, ie di Mesir.Pada pendapat saya,kemungkinan pada awal pembinaan piramid mereka menggunakan perkiraan jejari dan 'pai' ini ....tetapi teknologi tidak secanggih zaman-zaman kemudian untuk memungkinkan penghasilan sisi yang rata dan licin ...Waallahua'lam.
Kepada Saudara Fikris,
saya pernah terbaca bahawa Gunung Jerai ini dahulunya adalah sebuah pulau yang dipanggil Pulau Serai.Oleh itu memang sangat logik jika ia dikelilingi laut sehinggalah paras air laut menjadi semakin surut,sepertimana nusantara ketika ini merupakan puncak-puncak gunung di Sundaland :)
Terima kasih Sg Batu dan Wan Mahsuri
Menarik ulasan dari Wan Mahsuri menyatakan Gunung Jerai asalnya adalah Pulau Serai. Nampak macam ada kaitan antara Pulau serai dengan nama Kedah Kuno iaitu Seraiburi. Apakah ada maklumat khusus mengenainya? Terima kasih.
Sdr haqqani
Saya amat berminat tentang maklumat bangsa-bangsa hebat yg ada pada saudara.
Saya rasa dalam perbincangan ilmiah ini kita semua memang bersikap open minded.
Saudara jangan risau. Kita boleh berkongsi maklumat dan saling lengkap melengkapi.
Saya amat mengharapkan saudara haqqani dapat memberikan sedikit ilmu yang dimiliki kepada kami yg dahagakan maklumat ini.
salam semua. Sememangnya untuk membina bangunan, konsep matematik mesti telah dikuasai oleh sesebuah masyarakat tersebut. Malah, dalam definasi tamadun itu sendiri jelas mesti ada pengetahuan senibina dan matematik baharulah di katakan tamadun. Perkara ini jelas telah wujud sejak tamadun Mesopotamia lagi (sekitar 7,000 tahun dahulu). malah hampir kesemua cendiakawan Islam menguasai matematik sebagai salah satu bidang kepakaran mereka seperti ibn sina.
Walaupun Hikayat Merong Maha Wangsa dianggap sebagai satu legenda- tapi salah satu kenyataannya yg mengatakan "Gunung Jerai pernah sebagai sebuah pulau" memang benar daripada segi geologi kerana ditemui byk cengkerang laut di kaki gunung ini, yang berlaku sekitar 5,000 tahun dahulu.
Salam
Quote Sg. Batu;
"dr rekod al-kindi, al-biruni, al-idrisiyah dan juga rekod tamil jelas menunjukkan telah ada perniagaan besi berlangsung antara arab, india sejak awal abad pertama masihi lagi"
Saya telah membuat sedikit carian di internet ttg Al-Biruni, Al-Kindi dan Al-Idrisi.
Saya dapati Al-Biruni(973-1048) ialah orang Uzbekistan(sekarang) yang ketika itu di bawah jajahan Parsi.
Al-Kindi(801-873) ialah orang Iraq bangsa Arab dan
Al-Idrisi(1099-1160) ialah orang Sepanyol di bawah jajahan Al-Murabitun.(Tolong betulkan jika saya silap)
Ketiga-tiga mereka menulis dalam Bahasa Arab menunjukkan mereka membaca rekod lama yang besar kemungkinannya dalam Bahasa Arab juga.
Nampak seperti Orang Arab mempunyai hubungan yang sangat baik dengan penduduk Kedah Tua ketika itu. Maka, tidak mustahil sekiranya mereka menganut agama yang sama.
Adakah disebut di dalam catatan mereka tentang agama penduduk Kedah Tua(pd masa itu;Abad 1-3)? Jika tidak, besar kemungkinan juga mereka menganut agama yang sama kerana pada kebiasaan pelayar, mereka akan hanya mencatat sesuatu yang 'aneh' yang mereka temui.
Penduduk Kedah Tua tidak mungkin juga tidak tahu bahwa bahan mentah(besi) yang diekspot kepada pedagang Arab ialah bagi membuat senjata; pedang dll. Pada kebiasaannya, hanya mereka yang 'allies'(bersekutu dalam peperangan) sahaja akan menjual bahan mentah untuk tujuan tersebut. Mereka juga biasanya mempunyai banyak persamaan dan antaranya....agama!
W'Allahua'lam.
salam...
Saya tertarik dgn maklumat yg dinyatakan oleh Wan Mahsuri di atas. Berdasarkan maklumat yg ada pd saya...sememangnya ada satu bangsa yang mahir dalam ilmu besi telah datang ke tanah Merbok.
Salam
Maksud Tuan Haqqani, bangsa itu menetap di Merbok atau hanya mengajar teknologi besi kepada penduduk Kedah Tua ketika itu? Adakah ia sezaman(Abad 1-4)?..ingat pesan Tuan Sg. Batu; must compare 'apple to apple'.
Sedikit maklumat yang saya dapati dari buku 'Sejarah Kedah dalam Syair' tentang Pulau Serai ialah Gunung Jerai skrg. ms 15;
Usia Mahawangsa berlarutan,
Pulau-pulau menjadi daratan,
Pulau Seri bersatu tautan,
Demikian lama duduk penempatan.
Menariknya di tepi pantun ini di tulis (P.Lada=Bukit Lada, P.Jambul=Bukit Jambul. Menjadi daratan=G.Jerai. Tg. Bara dan P.Kera=Bukit Tunjang dan Gunung Keriang)
Kejadian ini dikatakan berlaku pada masa pemerintahan anak Merung Mahawangsa iaitu Raja Merung Mahapudisat.
Cerita Merung Mahawangsa sebenarnya diselitkan dgn cerita Nabi Sulaiman(King Solomon?),bukan hanya spt cerita KRU. Mungkin mereka tak sentuh ttg hal ini sebab tak nampak spt 'apple to apple'.
Tetapi dgn kajian oleh USM ttg air surut ini mungkin boleh membuktikan bahwa Merung Mahawangsa adalah sezaman Nabi Sulaiman. WAllahua'lam.
salam... to Wan Mahsuri, saya ingin berhubung dengan tuan. Ada beberapa perkara yg saya nak bincang dan tukar maklumat dgn tuan.
assyathori@yahoo.com
Salam
Tujuan saya selalu ke sini kerana ingin berbincang dgn para arkeologis(team Tuan Sg Batu).
Ini kerana setelah saya dpt tahu drp Datuk2 Saudara saya bahwa semasa zaman persekolahan, Sejarah yg mereka pelajari ialah 'Sejarah Kedah'(ttg Merung Mahawangsa,Raja Bersiung, Mahsuri dll), saya tertanya-tanya mengapa kini semua itu dianggap legenda...seperti ada sesuatu yang 'tak kena'.
Lebih2 lagi bila saya tahu Bab 1 Hikayat Merung Mahawangsa bertajuk 'Burung Garuda Dengan Nabi Allah Sulaiman'!....masakan nenek moyang saya mahu berbohong terutama sekali yang berkenaan Agama Islam!?!
Ikhlas saya ke sini bukanlah mahu sorok sesuatu dari team Sg Batu dan semua di sini...jauh sekali sebagai 'Pemburu Harta Karun' dsb. na'uzubillahi minzalik!
Jadi, saya mohon maaf kpd Tuan Haqqani krn tidak berhubung secara emel.Harap Tuan Haqqani faham. Saya rasa ramai di sini yang ingin berbincang dan berkongsi maklumat dgn Tuan Haqqani sendiri. Mungkin secara tidak langsung, kita juga membantu team Tuan Sg Batu.
Allahua'lam.
Salam.
Tuan Sg Batu, posting saya 3 hari lepas memang tak akan publish ke? Maaf kalau ada yang tak sesuai dalam posting itu. Boleh saya tahu kenapa?
Saya ada 1 persoalan untuk kita renungkan bersama;
Tapak Sg Batu ni nampaknya sangat luas. Jika Arkeologis British dahulu boleh jumpa apa yang mereka panggil 'candi' kecil-kecil itu merata-rata, tidakkah pelik mereka tak jumpa satu Tamadun sebesar Sg Batu ini?..fikir-fikirkan..
Maaf, tak published dan lama tak masuk- berada di tapak prasejarah Lenggong.
Lokasi sg batu yang usm temui bukti tidak pernah direkodkan sebarang penemuan oleh pengkaji awal kecuali oleh jane allen pd sekitar 1980'an.
Jane telah merekodkan tapak 71, 72 sebagai kemungkinan candi tetapi bila usm kaji kedua-duanya tempat peleburan besi.
Dan semasa dia dijemput kembali melihat tapak itu tahun lepas, menitis air mata beliau kerana tidak sangka ianya sebuah tapak yang sangat penting yang mendedahkan bukti peleburan besi sejak abad pertama masihi.
Assalamualikum saudara sg batu..sya ingin bertanya, adakah ada kemungkinan wujud piramid di malaysia.Sila lihat video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=WroBa_9nKm4
saya cuma ingin tahu...
salam tuan moderator...
harapan saya semoga blog yg bermanfaat ni dpt di update dr semasa ke semasa.
satu lg...kalau blh tu, tambah la ruangan shoutbox utk para pembaca terus bg apa2 respon @ info tanpa masuk dlm ruangan komen ni.
salam. tkasih adanial. taksure- perlu kajian lanjutan. Cuma, melihat kpd video tu nampaknya macam granit biasa je. piramid bermaksud segitiga- dia boleh natural atau man-made. untuk man-made perlu kajian terpeinci.
menarik menjadi ahli sejarah ye
teruskan usaha
saya berdoa agar usaha saudara diberkati
p/s:taw x knape mistifiles dah xboleh bukak?
Elok kiranya penemuan-penemuan ini diterjemahkan dalam bentuk peta kawasan penemuan dan ilustrasi bentuk jeti, bangunan, kilang besi yang lengkap. TK.
assalamualaikum tuan sg. batu DAN wan mahsuri...
ana baru balik dari seminar anta tadi ttg SEMINAR SUMBANGAN KOMPLEKS SUNGAI BATU KPD KERAJAAN KEDAH TUA...trima kasih info yg menarik.
wsslm.
aslmkm. terima kasih Tuan Megat kerana sudi hadir ke seminar tersebut. blok sg batu telah saya kemaskini tadi, sempena hari guru hari ini.
Tahniah n syabas.......
harap akan ada lagi penemuan2 penting yang akan menjadi bukti bahawa penduduk asal MALAYSIA (TANAH MEALAYU) ini bukan tiba2 muncul sejak parameswara rehat2 bawah pokok....
aslmkm..maaf kan sy jika terlari dr topik asal..saya cuma ingin bertanya tentang Kota Gelanggi yg hilang tuh...masih ada org ka yg mencari kota tersebut..? Sebab dlm helaian akhbar(saya xingat taun bila)..mereka mengatakan kota gelanggi tuh hanya wujud pada nama..bila difikirkan balik xkan la kota tuh x wujud,sedangkan sudah bermacam2 manuskrip purba telah disemak..dan telah terbukti kota itu wujud..Kalau saudra ada apa2 maklumat ka, boleh saudara kongsi dgn kami?...kalau ada masa sila la lawat blog ini...
http://wzwh.blogspot.com/2010/11/kota-gelanggi-dan-padang-kangsa.html
Aslmkum. Tkasih. Sejak terlibat dgn kajian arkeologi negara, 1986, didapati memang byk data prasejarah dan protosejarah negara yang masih belum dikaji dengan mendalam dan saintifik. Padahal kita tahu data tersebut perlu dikaji oleh ahli arkeologi bukan ahli sejarah. Ditambah pula isu bilangan ahli arkeologi negara? jenerasi muda didpti lebih memilih bidang yg kerjanya dlm off berhawa dingin dan fulus yg byk? USM adalah satu-satunya IPTA yg ada minor arkeologi (belum major)di negara ini, dan kami sdg membentuk modal insan arkeologi di peringkat MA dan PhD. InsyaAllah sampai masanya nanti isu Kota Gelanggi akan dapat diselesaikan.
Amat berminat dalam bidang arkeologi. Saya mempunyai koleksi buku-buku arkeologi dari Barat dan kini cuba untuk beralih ke Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu. Ingin sekali ikut serta dalam projek-projek arkeologi di sini, dan tertaik untuk sambung MA atau PhD dalam bidang ini di USM...insyaAllah...
Teruskan usaha projek 'mencerahkan' asal-usul Tanah Melayu/ bangsa Melayu.
Aslmkum. Tahniah jika ada minat. Boleh hubungi saya.
Jika saya ingin mengunjungi tapak arkeologi Sg Batu, dengan siapa patut dihubungi atau pengawai yang bertanggungjawab?. Terima kasih.
Saya selalu terfikir....smua penemuan ni...lebih menunjukkan tempat ni dipenghuni oleh org India/Tamil...lebih drpd Melayu Kedah-Langkasuka...It was like..trace melayu memang xda kat situ kecuali peradaban India...Kalau difikirkan balik logik juga...sbb dlm sejarah Kesultanan melayu xda satu pon bangunan yg diperbuat drpd batu...pelikkan? Satu2nya tempat yg majoriti bangunan dr batu cuma Lembah Bujang...Kalo betul tok nenek moyang org mlayu yg bina smua candi2 tu...knapa zaman kesultanan hampir smua bangunan dibuat secara primitif drpd kayu termasuk juga istana...x terkecuali juga surau/masjid...Bila tgk balik Lembah Bujang..xda satu pon yg boleh kita ambil sbg Identiti Melayu.Entah la, ni cuma luahan hati sy sahaja.Bukan nak membanggakan mlayu atau mana2 kaum...cuma rasa musykil ja..Apa pendapat saudara sg batu?
Tn Sg Batu ke xpdc sempadan China-Mongolia hingga 22/8. Harap maklum.
Kpd Anon 8/8/11
Harap anda ke blog saya yg berikut;
http://hmm-asal.blogspot.com/2011/06/peta-peta-lama-dari-indonesia-3.html
Scroll ke bawah hingga sampai bbrp helaian dari buku 'Kedah dr Segi Sejarah'. Boleh baca pasal arkeologis H.A. Lamb buktikan struktur senibina bukan spt candi India Selatan dan mereka Buddha Vajrayana yg mengamalkan Tantrik...bukan spt Hindu India Selatan, Siva.
kpd HMMwangsa
Sy sudah melawat dan membaca blog saudara..blog yg sgt menarik...tp pelik kenapa penemuan oleh H.A Lamb tidak pernah diperbesarkan jika dibanding dgn prof. yg lain..?
Aslmkm. Berdasarkan data terkini, mungkin kenyataan Lamb betul! contohnya atap genting yg ditemui di tapak sg batu dirasakan sama jenis dengan senggora? taburan senggora menunjukkan ianya berada di kawasan selatan thailand dan utara semenanjung? seperti di kaw melayu awal? jika ini betul mungkinkah ianya menggambar sungai batu sebagai tapak tamadun melayu awal?
Assalamualaikum
Teringat saya masa zaman kanak-kanak 20 tahun lalu - time main permainan "jengket"? (kalau tk salah saya). Permainan ni memerlukan "buah" dan saya sering menjadikan serpihan-serpihan (yang bila difikirkan semula pada hari ini) yang kelihatan seperti bahan daripada tembikar dan kaca yang ditulis dengan tulisan Cina. Banyak serpihan seperti itu yang saya temui sewaktu kecil dulu.Setahu saya, family saya adalah orang pertama yang tinggal di kawasan tersebut, dan ibu bapa saya tidak pernah mempunyai/memiliki barang seperti itu di rumah kami.
Selepas penemuan Sungai Batu ini, saya sering terfikir apakah serpihan2 seperti tembikar dan kaca tersebut merupakan bukti tinggalan sejarah? Mungkinkah wujud aktiviti perdagangan utama di sekitar kawasan tempat tinggal saya suatu ketika dahulu?
Untuk makluman, saya tinggal di kampung sekitar Merbok. Mungkinkah lebih banyak bukti sejarah yang berguna untuk kita kaji di sekitar kawasan Lembah Bujang dan Merbok ini?
Saya sangat berminat dengan perkara-perkara sejarah seperti ini dan berharap semoga segala bukti sejarah yang kita semua sedang perhatikan akan lebih mendekatkan kita kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT
Mungkinkah
Aslmkm semua n tkasih Everythingme. Ya, seluruh Lembah Bujang telah digunakan dalam pelbagai aktiviti dan kerana itu pelbagai artifak ditemui. Ada orang kampung semasa mencangkul menemui manik, ada yang menjala sangkut seramik dan sebagainya. Sejarah Lembah Bujang sedang dikemaskan untuk tatapan umum. Dan sebagai Muslim, semestinya setiap bukti sejarah harus membawa kita lebih dekat kpd yg Esa.
Slm..sy pernah menyelam di kawasan rekreasi sg tupah,merbok 12 tahun yg lepas. Sy mjumpai binaan dinding pd blok batu di tebing sungai spt dipahat. Air sungai ketika itu sedalam kira2 2 meter. Sy tidak pasti samada binaan tersebut berkaitan sejarah atau tidak,namun dr pengamatan sy dinding itu spt dipahat,bkn disbb kan oleh kekuatan arus sungai atau proses smulajadi alam. Dari: Mohd Asrul.
hi sir, we're a student from Taylor's University. we came to the site the other day, and we're currently in need of the site plan. thus, it would be helpful if you could send the site plan to us. thank you. and we need it a.s.a.p. can you send it to ybsnkya@yahoo.com
Salam..
Tahniah tuan dapat membuat blog untuk dibaca oleh generasi hari ini.
soalan saya..
1. Apakah masyarakat sebelum Islam tidak ada yang menganuti agama tauhid di?bawa oleh Nabi Noh atau Ibrahain a.s
2. Benarkah tamadun Sungai Batu ditimbus oleh British pada tahun 1879 untuk menutup kehebatan orang Melayu di Nusantara?
Anonymous. Tkasih atas maklumat. Perlu diperika smada natural atau buatan manusia. Nkya...you can get the plan from saiful or just use the first map on this blog. Nai di...agama tauhid sentiasa ada bersama agama lain sjk adam lagi. 1879 sya dgr juga tapi tak ada bukti...klu ada buktibblh dkongsi bsama
Kepada Anonymous 8/8/11 15:07,
Kajian2 yang dijalankan oleh Lamb pada candi Bukit Batu Pahat menunjukkan terdapat persamaan2 antara candi itu dengan tapak candi2 Hindu yang dijumpai di Indonesia, khasnya di Padang Lawas, Sumatera (Lamb 1961:1-9).
Lamb juga membuktikan bahawa bekas batu yang ditemui tertanam bawah candi Batu Pahat merupakan ciri-ciri orang2 Asia Tenggara (bukan orang2 India) kerana ia menunjukkan ritual pemujaan yang dilakukan adalah dari jenis tantrik dan bukan yang membabitkan aliran/mazhab Shiva seperti dipercayai oleh Quaritch-Wales.
Ini ialah penemuan oleh Lamb setelah beliau membuat kajian terhadap candi2 di Lembah Bujang.
Bagaimana pula pengetahuan 'anon' itu tentang candi Borobudur dan candi2 lain yang dibangunkan oleh kerajaan2 Melayu(dan org2 Austronesia yg lain) di Sumatera & Jawa?
Kan pada abad ke-8 hingga abad2 seterusnya candi2 di sana adalah dalam bentuk batu. Dalam masa sama terdapat banyak ciri tempatan khasnya pada candi Borobudur.
Candi Borobudur ialah suatu candi yang unik dari segi senibina. Dengan gambar2 yang diukir pada dindingnya menggambarkan budaya2 tempatan pada zaman itu termasuklah gambar kapal bangsa Melayu Sailendra-Srivijaya (Austronesia). Untuk pengetahuan 'anon', candi Borobudur & banyak candi lain di Jawa dan Sumatera telah dibina oleh kerajaan Srivijaya & Sailendra yang jelasnya berbangsa Melayu.
Tapi jangan lupa, orang Jawa termasuk dalam Rumpun Melayu (Austronesia).
Juga terdapat suku2 Austronesia lain di Semenanjung Malaysia, selatan Thailand, Myanmar dan Vietnam/Kemboja. Di selatan Vietnam dulu merupakan sebuah kerajaan Rumpun Melayu oleh suku Cham yang telah lebih 3,000 tahun wujud di tanah besar Asia tersebut dengan penemuan budaya 'Sa Huynh' (Sa Huynh Culture) di Vietnam.
Orang2 Austronesia (dari suku Cham atau Melayu Cham) telah membina tamadun yang tinggi juga di sana.
Mereka terkenal dengan candi2 di My Son di Vietnam. Ini juga dihasilkan dengan batu.
Nasihat saya kepada 'anon', banyakkan baca jurnal2 atau artikel2 arkeologi/sejarah supaya dapat lebih banyak input pasal arkeologi dan sejarah. Jangan buat andaian tapi lihatlah kajian2 yg dah dijalankan oleh ahli2 arkeologi dan penemuan2 arkeologi itu sendiri sebelum berkata apa2.
-oleh Shah.
terima kasih o_O
semua penjelasan tentang tapak sungai batu ini dapat membantu untuk menjawab exam nt :D
Apa perkembangan terkini berkaitan tapak arkeologi ini?
Apa perkembangan terkini berkaitan tapak ini?
Askm saudara sg.batu
Terima kasih atas maklumat bersejarah ini.harap kajian lembah bujang dapat di selesaikan dengan izin allah s.w.t.sebelum nie saya banyak menelaah sejarah serta monumen purba dari negara jiran kita indonesia.saya tengok malaysia dalam aekeologi agak perlahan berbanding negara tetangga kita.apakah punca nya itu tuan sg batu.saya melihat tapak lembah bujang sampai sekarang tak selesai,dana kurang ker???maap kalau saya silap..ingin tahu saja
Adam dijadikan Allah dari 7 pilihan tanah, Annur dan Annar atau cahaya dan api. Setelah sempurna jasad maka dihembuskan MI HU ALLAH. HU itu Allah dan HI itu Nur Muhammad. Itulah rahsia nafas yang bermula dengan Hu atau hembus kemudian tarik atau Hi...rasanya dari kejadian apa pula manusia sebelum Adam dijadikan? Atau disalah tafsirkan oleh ulamak-ulamak atau ahli tafsir yang bukan ahli bahasa. Dan anda jadi salah sorng dari pentafsir yang mentafsir dari penyalah tafsiran tersebut.
askm....sy tertarik dgn komen serta artikel ini...ingin sy kongsikan beberapa pertanyaan bwh adakah benar Semenanjung Tanah Melayu yg dahulunya dikenali sbg Suvanarbumi merupakan antara kwsn paling awal penghijrahan bangsa Timur Tengah? Ini kerana kebaanyakan KEBETULAN yang wujud di seluruh dunia seolah2 menunjukkan bangsa Melayu ini adlaah bangsa yg sgt BIJAK dan HEBAT?
byk persoalan yg muncul slps pembacaan sy drlm beberpa artikel, pandgn, ualsan serta petikan buku2 yg ditulis oleh sarjana dan cendiakwan tentang bangsa Melayu ini. Antaranya :
1) Bangsa Melayu juga digelar sebagai Bangsa Jawi dalam kalangan Arab. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, kawasan Arkeopeologi Melayu sangat luas sehingga menjangkau ke Kepulauan Ester yang diiktiraf sebagai kawasan paling penghujung dalam peta Arkeopeologi Melayu. Namun, yang lebih memeranjatkan lagi, patung-patung Ester yang terdapat di Kepulauan ini dikatakan hampir dan seolah-olah menyamai beberapa statue dalam tamadun Maya dan tamadaun asli Kepulauan Hawaiia! Adakah ini satu kebetulan atau kebenaran?
2) Semenanjung Tanah Melayu yang digelar sebagai Suvanarbumi oleh beberapa sarjana terdahulu menyatakan bahawa kemungkinan tanah ini kaya dengan hasil bumi termasuk emas. Dikhabarkan bahawa Nabi Sulaiman yang juga dikenali sebagai Raja Solomon membina kuil-kuil di kawasan baitulmaqdis dengan menggunapakai emas serta beberapa hasil bumi yang diambil dari sebuah kawasan yang dikenali sebagai Ophir. Ophir adalah bahasa Ibrani dan di dalam pengertian Bible, Ophir merupakan sebuah wilayah yang dikhabarkan terletak di sebuah kawasan yang berhadapan China dan terletaknya banyak pulau. Pendapat menyatakan bahawa wilayah yang dinyatakan adalah Kepulauan Filipina. Namun, di Asia juga terdapat sebuah lagi kawasan yang dikenali sebagai Ophir. Ia adalah Mount Ophir yang kini dikenali sebagai Gunung Ledang di Johor. Ini seperti satu kebetulan atau kebenaran kerana apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah, menurut Sejarah Melayu, sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah pernah menghantar rombongan meminang untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang meletakkan pelbagai syarat dan antara syarat yang paling tidak masuk akal ialah membina sebuah jambatan emas dan perak dari istana Melaka sehingga ke Gunung Ledang. Dikhabarkan juga bahawa bagi melaksanakan syarat tersebut, baginda merampas harta rakyat yang menyimpan emas dan perak. Sekiranya dikira secara logik, apakah cukup untuk membina sebuah jambatan bertahktakan emas dan perak dengan menggunapakai simpanan emas dan perak yang dimiliki rakyat Melaka dahulu? Di sini, timbul pula misteri dari mana datangnya emas dan perak yang AMAT BANYAK untuk melaksanakan hajat tersebut? Adakah ini berkaitan dengan gambaran cendiakawan dahulu yang menjulang Tanah Melayu sebagai Sememanjung Emas? Adakah ini satu kebetulan juga atau kebenaran?
3) Masih banyak lagi persoalan yang tidak dinyatakan oleh saya kerana saya takut, ia lari daripada sejarah sebenar memandangkan sebahagian daripadanya adalah andaian yang kebetulan. tetapi jika difikar sejenak, adakah benar bangsa Melayu berasal dan membawa benang-benang warisan daripada kerajaan bani Israel yang hilang mengikut perkiraan sarjana Yahudi? Dikhabarkan bahawa salah satu daripada keuturnan Bani Israel yang hilang itu telah berhijrah ke Timur Jauh yang tidak dinyatakn secara terperinci apakah tempat tersebut. Namun, beberapa khabar angin yang tidak diketahui kesahihannya menyatakan bahawa kawasan tersebut terdapatnya dan dikelilingi pergunungan. Kemungkinan besar adalah Banjaran Himalaya, china mahupun Banjaran Tititwangsa di Tanah Melayu sendiri? Lebih mengejutkan lagi, sumber Bernama yang dipetik menyatakan bahawa bangsa Melayu membawa iras dan benang-benang atau dalam erti kata lain DNA Timur Tengah! Adakah ini juga satu kebetulan kerana ujian DNA adalah tepat dan boleh dikatakan +-99.9% tepat!
maaf sekiranya saya terlalu obses atau taksub dengan pendapat ini. Saya juga bukan berasal daripada latar belakang sejarah TETAPI saya minat sejarah. Saya yakin, bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat, cuma ia DIGELAPKAN oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menidurkan kemampuan kita. Diharap dapat membantu atau memberi sebarang pandangan. Terima kasih
Post a Comment